7 Keajaiban Kehidupan

bunga-bungaan

Ada tujuh keajaiban kehidupan yang kebanyakan daripada kita tak perasan, tak ambil kisah atau tak hargai, yang selalunya disebabkan oleh kesibukan kita mengejar “kebahagian”. Dan kita mungkin terlupa yang tujuh keajaiban inilah yang menjadi asbab kita mendapat kebahagian. Keajaiban tersebut adalah:

  1. Ibu anda – orang yang melahirkan anda ke dunia dan orang yang paling menyayangi anda.
  2. Bapa anda – orang pertama yang sanggup mengharungi segala kesusahan hanya untuk melihat anda senyum.
  3. Adik beradik anda – orang pertama yang mengajar anda seni “perkongsian dan menyayangi”.
  4. Rakan-rakan anda – orang pertama yang mengajar anda bagaimana untuk menghormati orang yang berlainan pendapat dan sudut pandang.
  5. Buah hati anda – orang pertama yang membuat anda sedar akan nilai pengorbanan dan bertolak ansur dan juga orang pertama yang anda terpaksa berjuang untuk memenanginya.
  6. Anak anda – budak kecil pertama yang mengajarkan anda bagaimana untuk tidak mementingkan diri sendiri dan memikirkan orang lain sebelum diri sendiri.
  7. Cucu anda – satu-satunya makhluk yang membuat anda ingin menjalani kehidupan, sekali lagi…

Peringatan untuk diri sendiri & para pembaca. Marilah kita hargai 7 keajaiban kehidupan dengan melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan seperti mengeratkan lagi silaturahim dan kasih sayang, memaafkan segala kesalahan mereka, sama ada yang disengajakan atau tak disengajakan, yang disedari atau tak disedari dan mendoakan mereka.