Cari Barakah Dalam Kehidupan Harian

barakahKehidupan di dunia hari ini, di zaman siber ini, benar-benar mencabar. Kos sara hidup meningkat saban tahun. Sepuluh sen tidak lagi boleh membeli sebungkus nasi lemak seperti dulu. Ketika kereta Proton baru dipasarkan pada tahun 1985, harganya sekitar RM 17 ribu sahaja. Tapi kini harganya berlipat kali ganda. Ramai yang terpaksa melakukan dua, tiga atau lebih kerja untuk menampung kehidupan.

Walau pun melakukan dua atau tiga kerja, pendapatan masih tidak mencukupi. Kita merasakan kita tidak punya cukup masa untuk melakukan perkara yang ingin dilakukan kerana sebahagian besar masa kita dihabiskan untuk mencari rezeki. Mana masa untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan agama?

Benarkah kita tidak punya cukup masa? Benarkan pendapatan kita tidak cukup untuk menampung kehidupan? Untuk cetusan minda Motivasi Islam, sila KE SINI.