Sedekah, sedekah dan sedekah

sedekah menghapuskan dosaJika seseorang itu memberi sedekah, dan dia tahu bahawa sedekahnya itu sampai kepada Allah SWT dahulu sebelum orang yang disedekahinya, maka dia akan mendapat kegembiraan dalam pemberiannya.

Antara kebaikan sedekah, rujukan dari hadis, adalah:

  1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT,
  2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang,
  3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan InSyaa Allah menjauhi api neraka jahanam,
  4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di dalam kubur,
  5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut,
  6. Sedekah mampu mensucikan ruh dan menambah pahala kebaikan,
  7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT,
  8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat kita sengsara disebabkan masa lampau kita,
  9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa yang telah dibuat,
  10. Sedekah adalah kepastian untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada kita,
  11. Orang yang memberi sedekah ialah orang yang baik dan siapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT,
  12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT.
  13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang yang disayang oleh masyarakat.
  14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia,
  15. Sedekah mampu melepaskan kita daripada kesusahan dan doa akan dimakbulkan Allah SWT.
  16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia,
  17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan boleh memberi kejayaan hidup,
  18. Sedekah adalah obat,
  19. Sedekah mampu menolong anda dari kecurian, kematian yang dahsyat dan hina, kebakaran dan lemas, dan
  20. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang atau burung-burung.

Yang terakhir sekali…..

Sedekah yang paling baik adalah jika anda memberikan pesanan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah…kerana hanya dengan cara berkongsi tulisan ini kita akan mendapat bahagian pahala sedekah…

#salamsedekah