Ucapan Hari Raya Mengikut Sunnah

Pesan dalam khutbah Syaikul Hadis Maulana Abd Hamid Chin yang dipetik oleh seorang rakan:

Beliau berpesan dan merayu pada muslimin dan muslimat untuk tukar ucapan “Selamat Hari Raya” yang menjadi kelaziman masyarakat Melayu kepada doa “Taqobbalallahu minna wa minkum,” ertinya; semoga Allah menerima segala amalan baik daripada saya dan kamu semua. Manakala jawabnya ialah, “Alaina wa alal jami,” ertinya; moga bermanafaat buat semua.”

Tidak berdosa jika kita mengucapkan “Selamat Hari Raya,” kerana ucapan ini juga baik. Tetapi untuk mendapat pahala sunnah semasa menyambut Aidil Fitri disarankan selain ucapan “Selamat Hari Raya,” elok kita dahului dengan doa “Taqobbalallahu minna wa minkum.”

“Apabila para sahabat Baginda Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada yang lain, Taqobbalallahu minna wa minkum.” – HR Ahmad. Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, Jld. 5, m.s. 270-271.